Latarbelakang
Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak atau nama singkatannya PUSAKA adalah sebuah badan berkanun kerajaan negeri Sarawak yang ditubuhkan di bawah "The Sarawak Timber Industry Development Corporation Ordinance 1973". Ia bertanggungjawab dalam menyelaras pembangunan industri perkayuan di Sarawak.
PUSAKA telah menubuhkan Koperasi PUSAKA Berhad (E-3-0481) yang didaftarkan pada 9 Januari 1997 di bawah Akta Koperasi 1993 dan Undang-undang Kecil Koperasi PUSAKA Berhad. Pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah meluluskan pindaan ke atas Undang-Undang Kecil Koperasi PUSAKA Berhad pada 21 Ogos 2009, selaras dengan Akta Koperasi 1993 (Pindaan 2007).
Selaras dengan pindaan Undang-undang Kecil Koperasi PUSAKA Berhad, nama Koperasi ini telah ditukar kepada Koperasi PUSAKA Sarawak Berhad berkuatkuasa pada 21 Ogos 2009, yang mana keanggotaannya terdiri daripada kakitangan yang berkhidmat dengan PUSAKA dan pekerja Koperasi yang bertaraf tetap. Dengan adanya Koperasi ini, maka ia telah menjadi infrastruktur serta saluran pelaburan dan perniagaan yang berkesan kepada anggota-anggota untuk melaburkan lebihan wang atau dana mereka dalam sektor perniagaan.
Kawasan Operasi
Kawasan operasi Koperasi PUSAKA Sarawak Berhad meliputi seluruh Bahagian Negeri Sarawak kecuali di Bahagian-Bahagian dan Daerah-Daerah yang tidak mempunyai pejabat PUSAKA. Pihak Koperasi telah melantik wakil-wakil Koperasi yang merupakan warga PUSAKA di Pejabat-Pejabat Bahagian PUSAKA di Sibu, Tanjung Manis, Bintulu, Miri dan Limbang bagi mengendalikan dan menyelaras akiviti perniagaan Koperasi di kawasan masing-masing.
Matlamat
“Untuk meningkatkan kepentingan ekonomi para anggotanya”.
Fungsi
Fungsi utama Koperasi ini ialah pengguna.
Motto
“Telus Amanah Teguh”
Pencapaian
- Anugerah Kualiti Koperasi Negara Sarawak 2006 – Anugerah Koperasi Harapan
- Diiktiraf oleh pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebagai sebuah Koperasi yang bertaraf empat (4) bintang.
|