IKAN KERAPU 11.95 KG JUARA SAFARI MEMANCING TANJUNG MANIS 2012
| |
|
|
| Date |
: |
26 - 27 May 2012 |
| Venue |
: |
Bandar Baru Tanjung Manis, Mukah |
| |
|
|
|
Pelepasan Safari Memancing Tanjung Manis 2012 |
TANJUNG MANIS : Ikan kerapu seberat 11.95 kilogram (kg) menjuarai pertandingan Safari Memancing Tanjung Manis 2012 bagi kategori laut dalam yang diadakan pada 26 dan 27 Mei lalu.
Peserta Louis Wong King Seh berjaya menaikkan ikan kerapu berkenaan dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,500.00 dan trofi.
Tempat kedua dimenangi Mohammad Nizam bin Razali Abdul Pata berjaya menaikkan ikan kerapu seberat 7.75 kg dan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000.00 dan trofi.
Manakala tempat ketiga pula dimenangi Fathurrahman bin Chamin dengan ikan haruan tasik seberat 6.00 kg dan menerima hadiah wang tunai RM2,500.00 dan trofi.
Bagi kategori pesisir pantai, tempat pertama dimenangi Atek bin Haji Assin dengan ikan pari seberat 25.2 kg, tempat kedua dimenangi Adzuan Shah bin Affandi (pari seberat 22.95 kg) dan tempat ketiga dimenangi Mohd. Abd. Khaled bin Merap (pari seberat 19.25 kg).
Majlis pelepasan peserta ‘flag off’ pada 26 Mei 2012 telah disempurnakan oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) dan Menteri Muda Alam Sekitar Sarawak, TBhg. Datu Haji Len Talif Salleh, manakala majlis penyampaian hadiah pada 27 Mei 2012 telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar PUSAKA, Tuan Haji Hashim Haji Bojet.
Seramai 202 peserta dari Kuching, Sibu, Sarikei dan Tanjung Manis menyertai pertandingan berkenaan bagi tiga kategori iaitu laut dalam (43 orang), pesisir pantai (82) dan tebingan sungai (77).