MAJLIS MAKAN MALAM JASAMU DIKENANG YBHG. DATU HAJI LEN TALIF SALLEH
| |
|
|
| Date |
: |
5 FEBRUARI 2010 |
| Venue |
: |
Hotel Hilton, Kuching |
| |
|
|
|
Majlis penyampaian cenderamata kenangan kepada YBhg. Datu Haji Len Talif Salleh |
KUCHING : Satu majlis makan malam ’Jasamu Dikenang’ telah diadakan sempena dengan persaraan YBhg. Datu Haji Len Talif Salleh, di sebuah hotel di Kuching.
Lebih 250 warga PUSAKA dan tetamu jemputan hadir pada majlis itu yang turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengurusan PUSAKA, YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, YB Tuan Haji Mohd. Naroden Majais; Pengurus Besar PUSAKA, Datu Haji Sarudu Haji Hoklai dan Ahli Lembaga Pengurusan PUSAKA, Datuk Dr. Yusuf Hadi.
YBhg. Datu Haji Len telah berkhidmat di PUSAKA selama 30 tahun dan bersara pada 31 Disember 2009.