PELAJAR GUNJA TECHNICAL HIGH SCHOOL, KOREA SELATAN, LAWAT MUZIUM PUSAKA
| |
|
|
| Date |
: |
20 JANUARI 2010 |
| Venue |
: |
PUSAKA Kuching |
| |
|
|
|
Rombongan guru & pelajar Sekolah Tinggi Teknikal Gunja, Korea Selatan mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Perkayuan PUSAKA. |
KUCHING : Seramai 14 pelajar dan 4 guru dari Sekolah Tinggi Teknikal Gunja, Korea Selatan, telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Perkayuan PUSAKA.
Rombongan itu yang diketuai oleh Timbalan Pengarahnya, Dae Seong Hwang, adalah dalam rangka lawatan sambil belajar selama seminggu di Kuching. Ia juga merupakan program pertukaran pelajar sekolah berkenaan dengan Sekolah Menengah Teknik Sejingkat, Kuching, yang akan turut melawat ke Korea Selatan.
Rombongan berkenaan juga telah mengadakan lawatan di beberapa lokasi di sekitar Kuching termasuk Semenggok Wildlife Center, Jong Crocodile Farm ,Kem Permai dan Kraftangan Sarawak. Rombongan itu juga turut disertai pelajar Malaysia, Loi Heng Chiang, yang kini menuntut di sebuah universiti di Seoul, Korea Selatan, selaku penterjemah bagi rombong ini.