HomeVacancySitemap
 
 
 
     
MEDIA & INTERACTIVE
 
CHAPTERS
 
 

 

 
   > Media & Interactive > Calendar of Events
 
  Events Details
DATU HAJI SARUDU HAJI HOKLAI PENGURUS BESAR PUSAKA BERKUATKUASA 1 JANUARI 2010
     
Date : 12 Januari 2010
Venue : Kuching
     
Datu Haji Len Talif Salleh (kanan) menyerahkan dokumen serah tugas kepada Pengurus Besar PUSAKA yang baru, Datu Haji Sarudu Haji Hoklai (kiri) pada Perhimpunan Bulanan PUSAKA, baru-baru ini.
KUCHING : YBhg Datu Haji Sarudu Haji Hoklai, mantan Pengarah Unit Pengurusan Sumber Manusia di Jabatan Ketua Menteri telah dilantik sebagai Pengurus Besar PUSAKA mulai 1 Januari 2010 menggantikan YBhg Datu Haji Len Talif Salleh, yang telah bersara wajib pada bulan Februari 2009 dan menamatkan kontrak beliau pada 31 Disember 2009. Datu Haji Sarudu merupakan graduan Universiti Ohio, Amerika Syarikat dalam jurusan Corporate Master of Business Administration dan Ijazah Sarjana Muda Saster Sastera dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Majlis penyerahan tugas antara YBhg Datu Haji Len Talif Salleh dan Datu Haji Sarudu Haji Hoklai telah diadakan pada 6 Januari 2010 semasa Perhimpunan Bulanan PUSAKA di Wisma Sumber Alam. Dalam ucapan sulung YBhg Datu Haji Sarudu semasa majlis tersebut, beliau berazam untuk melaksanakan amanah daripada kerajaan negeri dengan baik dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada PUSAKA bagi meneruskan agenda dan misi perbadanan. Walaupun tidak mempunyai latar belakang dan pengalaman khusus dalam industri perkayuan, beliau yakin dengan kerjasama serta semangat kerja berpasukan yang tinggi di PUSAKA akan memudahkan beliau menjalankan tugas dan tanggungjawab beliau dengan berkesan. Di samping itu, beliau juga melihat bahawa Projek Pembangunan Hab Halal Bandar Baru Tanjung Manis merupakan salah satu tanggungjawab yang besar dan berat yang akan beliau galas selaras dengan komitmen kerajaan negeri untuk menjadikan Bandar Baru Tanjung Manis sebagai salah sebuah pusat pertumbuhan ekonomi penting dalam Projek Pembangunan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak ( SCORE). “Harapan saya semoga warga PUSAKA dan anak-anak syarikat PUSAKA akan terus memberi kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada saya seperti yang telah dicurahkan kepada YBhg Datu Haji Len Talif Salleh. Ini adalah bagi meneruskan usaha dan mempastikan kesinambungan kecemerlangan dan kegemilangan PUSAKA di masa-masa akan datang. Menurut beliau lagi, “Sememangnya masa depan membawa bersama pelbagai cabaran yang semakin sukar ditangani. Untuk terus berjaya , kita harus berupaya mengadakan perancangan yang lebih strategik dan mengatur tindakan-tindakan baru yang mungkin berbeza dengan yang pernah kita laksanakan.” Selepas majlis penyerahan tugas dilaksanakan, beliau seterusnya menghadiri taklimat pengurusan oleh anggota pengurusan dan ketua-ketua bahagian PUSAKA, turut hadir sama ialah YBhg Datu Haji Len Talif Salleh. Sumber : Seksyen Perhubungan Korporat PUSAKA
   
     
 
 WEBMAIL LOGIN  |   ADMIN LOGIN
< Back
|  ^ Top

 

SARAWAK TIMBER INDUSTRY DEVELOPMENT CORPORATION
Wisma Sumber Alam, Jalan Stadium, Petra Jaya, 93050 Kuching, P.O. Box 194, 93702 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Tel: 082 443 477 Fax: 442 691 E-mail: stidc@pusaka.gov.my

Copyright © STIDC 2004- . Copyright & Disclaimer | Sandesh | Privacy Policy | Terms & Conditions | Site Requirements
Website Hits (since June 2009): 1953527
Last Updates: 7th July 2010 01:50:01 AM

Star Project by   DB